14 November 2010

Majlis Perarakan Persaraan Guru Besar Sek Keb Chalok







Majlis perarakan meraikan persaraan Cikgu Hasim Bin Mohamad (PJK) guru besar Sekolah Kebangsaan Chalok, Setiu telah diadakan pada 15 Nov 2010 ( Isnin ) jam 11.30 pagi sebaik-baik sahaja selesai majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2010.

Majlis ini terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas dari wakil murid,guru-guru dan Pengerusi PIBG.

Selepas itu Cikgu Hasim mula bersalaman dengan seluruh warga SK Chalok sehinggalah beliau memasuki kenderaan sambil melambai lambaian terakhir perkhidmatan beliau kepada semua.

Sebelum itu,En Hasim dengan diiringi oleh guru Penolong Kanan akademik dan pengerusi PIBG sekolah kebangsaan Chalok telah diarak sehingga ke perkarangan masjid Gong Terap oleh konvoi kenderaan guru-guru.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Antara peristiwa yang sempat dirakam.......;