14 November 2010

Majlis Perarakan Persaraan Guru Besar Sek Keb Chalok







Majlis perarakan meraikan persaraan Cikgu Hasim Bin Mohamad (PJK) guru besar Sekolah Kebangsaan Chalok, Setiu telah diadakan pada 15 Nov 2010 ( Isnin ) jam 11.30 pagi sebaik-baik sahaja selesai majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2010.

Majlis ini terlebih dahulu dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan ringkas dari wakil murid,guru-guru dan Pengerusi PIBG.

Selepas itu Cikgu Hasim mula bersalaman dengan seluruh warga SK Chalok sehinggalah beliau memasuki kenderaan sambil melambai lambaian terakhir perkhidmatan beliau kepada semua.

Sebelum itu,En Hasim dengan diiringi oleh guru Penolong Kanan akademik dan pengerusi PIBG sekolah kebangsaan Chalok telah diarak sehingga ke perkarangan masjid Gong Terap oleh konvoi kenderaan guru-guru.

Majlis berakhir pada jam 12.30 tengahari.


Antara peristiwa yang sempat dirakam.......;










































































Hari Anugerah cemerlang Sek Keb Chalok 2010

Tarikh : 15 November 2010

Tempat : Dewan SKC

Masa : Jam 9.oo pagi

Dirasmikan oleh :PPD Setiu ( En. Anuar Bin Mohamad )


Peristiwa.....

09 November 2010

Panduan Mengisi Borang Prestasi 2010

Disertakan cara mengisi Borang Prestasi 2009
bagi guru dan staf sokongan

Tindakan bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD)

1.Menerima Borang Laporan Prestasi yang betul.

2.Mengisi nombor Kad Pengenalan (penjuru atas kanan), nombor fail peribadi (bawah nombor Kad Pengenalan) dan Tahun 2010.

3.Mengisi Bahagian I – Makluman Pegawai.

Nama : ..............................SHUHEMI BIN MAT NORDIN ..............
Jawatan dan Gred : .............PPP SISWAZAH GRED DG41......
Kementerian/Jabatan : ........SM CLIFFORD TAIPING.......................

4.Mengisi Bahagian II
- Kegiatan dan Sumbangan di Luar tugas rasmi.
Contoh :
Kelab Guru & Staf - Pengerusi
Surau Hijau Kg Rahmat - Jawatankuasa
PSKDS - ahli
Yayasan AmalMalaysia Caw Trg-ahli
PERHATIAN : Jika Kegiatan dan Sumbangan di luar tugas rasmi tidak diisi oleh PYD, sila catatkan ’TIADA’, PPP dan PPK akan memberikan markah 0 bagi bahagian ini. Markah 5 layak jika ada di 3 peringkat secara aktif bagi Komuniti / Jabatan / Daerah / Negeri / Negara / Antarabangsa
- mengisi latihan yang dihadiri tahun 2009
(Sama seperti dalam Kad Pelaporan Latihan KPM Tahun 2009 = Kad BIRU)
Contoh :
Kursus Pengurusan Aset 15-18.3.2009 Hotel Midtown , Kuala Terengganu.
- mengisi senarai latihan yang diperlukan
Contoh : Kursus ’Ms Access’ ICT sebab : Pengisian Data Sekolah
- Tandatangan PYD dan tarikh

5.Mengisi LAMPIRAN ’A’

5.1 Bahagian I
- Penetapan Sasaran Kerja Tahunan
- Boleh disediakan dalam bentuk Lampiran
- Senarai aktiviti/projek dan petunjuk prestasinya.
- Tandatangan PYD dan tarikh.
(Jika disediakan Lampiran sila tandatangan pada lampiran
tersebut dan tandatangan juga pada borang)

5.2 Bahagian II - Kajian Semula Sasaran Kerja Tahunan Pertengahan Tahun
- Aktiviti / Projek yang ditambah
Contoh :
Aktiviti LINUS Semua pelajar tahun 1
(42 orang) pada 5.09.2009 , kos RM400.00


- Aktiviti / Projek yang digugurkan
Contoh :
Kem GALUS bagi murid tahun 6 seramai 12 orang

5.3 Bahagian III - Laporan dan Ulasan Pencapaian SKT pada akhir tahun 2009
Contoh :
Semua Sasaran Kerja Tahunan / aktiviti / projek telah dicapai sepenuhnya 100%.
- Tandatangan PYD dan tarikh.

MAKLUMAN DAN TINDAKAN

1. Tarikh yang ditetapkan : Sila rujuk surat dari Jabatan Pelajaran TRG Ruj:J.Pel.Trg.(SULIT) 0000 bertarikh 00 September 2010 bagi Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia dan Urusan Laporan Penilaian Prestasi 2009.
Tarikh bagi Pegawai Penilai Pertama 3.11.2009
Tarikh bagi Pegawai Penilai Kedua 17.11.2009
Tarikh LNPT dihantar ke PPD/JPN 1.12.2009

2. Sediakan mengikut bilangan salinan dan arahan yang ditetapkan.

3. Pengetua / Guru Besar diminta mematuhi perkara berikut :
• Menentukan proses tindakan pelaksanaan Sistem Penilaian Presasi mengikut jadual yang ditetapkan
• Borang LNPT diedarkan kepada semua pegawai di sekolah iaitu Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Kanan, Guru Cemerlang, Guru Penolong, Ketua Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir, Kakitangan Sokongan, Pembantu Makmal, Penyelia Asrama, Juruteknik Komputer.
Borang JPA (Prestasi) 1/2002 (MERAH JAMBU) bagi JUSA
Borang JPA (Prestasi) 2/1002 (BIRU) bagi Gred Khas/Guru Pakar
Borang JPA (Prestasi) 3/2002 (HIJAU) bagi Pengurusan & Profesional
(Gred 41 hingga 54)
Borang JPA (Prestasi) 4/2002 (KUNING) bagi Sokongan I
(Gred 17 hingga 32)
Borang JPA (Prestasi) 5/2002 (COKLAT) bagi Sokongan II
(Gred 1 hingga 14)
• Melengkapkan Borang LNPT oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD)

4. Tahap Pemarkahan Prestasi
Kurang 50.00 adalah Tidak memuaskan (Tidak layak Pergerakan Gaji)
50.00 – 79.99 adalah Memuaskan
80.00 – 89.99 adalah Baik
90.00 – 100 adalah Cemerlang

Sekian, terima kasih.
_________________
SHUHEMI BIN MAT NORDIN
SM CLIFFORD TAIPING