09 September 2010

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA....


Allahuakbar, Allahukbar, Allahuakbar…
Lailaha illallah Wallahu Akbar,
Allahuakbar Walillahil Hamd.

Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT, Yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani, kerana dengan limpah KurniaNya, kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.

Pada Syawal yang mulia ini saya dan keluarga mengambil kesempatan mengucapkan Salam Eidulfitri " Minal Aidil Wal Faizin " kepada warga SK Chalok dan seluruh umat Islam. Saya berharap kita menyambut hari yang penuh bahagia ini dengan mengingati saudara kita yang berada dalam penderitaan walau di mana pun mereka berada. Tatkala kita semua menyambut hari lebaran dengan rasa syukur dan meriah bersama keluarga, ada di kalangan kita yang meratapi pemergian mereka yang dikasihi. Moga Allah Yang Maha Besar memberi kesabaran buat kita semua.

Mudah-mudahan kita dapat melaksanakan kewajipan kita dengan penuh mendapat rahmat dan pertolongan dari Allah SWT sebagaimana yang dijanjikan (bermaksud): “Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq".

Semuga kita menjadi warga pendidik yang bermanafaat.

Sekian dari Bilik Pemulihan Khas ...

02 September 2010

Majlis Sumbangan Duit Raya SK Chalok

UNDER MAINTENANCE..... more news details later..