02 June 2010

Undi Memilih Ketua Kelas Dihentikan


KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) mengarahkan agar perlaksanaan sistem pilihanraya bagi memilih ketua murid di sekolah-sekolah seluruh negara dihentikan dengan serta-merta.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, kementerian berpendapat bahawa perlaksanaan sistem ini adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan atau didedahkan kepada pelajar-pelajar sekolah.

"KPM dimaklumkan bahawa terdapat sesetengah sekolah di negara ini mengguna pakai serta mengamalkan sistem pilihan raya dalam melaksanakan pemilihan ketua murid pada awal sesi persekolahan," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan supaya perlaksanaan sistem pilihan raya tersebut dihentikan ketika mempengerusikan mesyuarat susulan Jemaah Menteri pada 10 Februari lalu.

Berita 1 Jun

* Kementerian Pelajaran akan membawa masuk guru daripada tiga buah negara iaitu United Kingdom, Australia dan New Zealand pada tahun depan bertujuan mengajar Bahasa Inggeris di sekolah sebagai persediaan ke arah pelaksanaan dasar memartabatkan Bahasa Malaysia, memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI).