09 August 2010

Ucapan Guru Besar SK Chalok Sempena Menyambut Awal Ramadhan 1431 Hijrah

Assalamualaikum Wrt.Wbt.....,

Ramadhan ibarat sebuah Madrasah at Tadhribiyyah ar Ruuhiyyah [ Latih tubi Spiritual ] untuk mendidik dan mengkaderkan kita supaya menjadi generasi yang beriman dan bertaqwa.Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah ayat : 183 jelas menggariskan Taqwa sebagai objektif utama dari pembentukan Madrasah Ramadhan tersebut.Sebagai seorang muslim ,saya menyeru agar seluruh warga SK Chalok merebut peluang keemasan ini untuk menempat diri hampir di sisi Allah swt.

Selain menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini , setiap guru dan pelajar mesti berikhtiar secara serius untuk meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah swt kerana ia adalah asas kekuatan dalaman dan menjadi bekal kepada kita dalam mengharungi cabaran hidup.

Mengajar dan belajar adalah jihad.Oleh itu capailah segala kelebihan yang dikurniakan Allah swt sempena Ramadhan Al Mubarak ini terutama penghayatan Ruuhul Jihad sehingga semangat Jihad Fi Sabilillah menjadi sebati dalam jiwa guru dan pelajar.Marilah kita jadikan jihad memberi dan mencari ilmu sebagai perisai ummah.

Tentu saja menjalani kehidupan dalam suasana ubudiyatillah [ pengabdian diri kepada Allah ] seperti di bulan mulia ini memudahkan kita mencapai prestasi tertinggi sebagai hamba yang taat dan bertaqwa . Warga sekolah khususnya guru dan pelajar yang taat dan bertaqwa mempunyai kedudukan yang hampir dengan Allah swt. Sementara kedudukan yang hampir itu membuatkan doanya mustajab [ diterima Allah swt ] dan munajatnya maqbul .

Mudah - mudahan Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Saya mewakili seluruh warga sekolah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak . Semoga kita direstui Allah swt.Kepada guru dan pelajar " Selamat mengajar dan belajar"

- Cg Hashim Bin Mohamad
Guru Besar SK Chalok



Lensa :




Sebelum majlis : Sempat minum pagi bersama Tuan Guru Besar...


Ustaz Abidin sedang menyampaikan ceramah "Panduan Ramadhan " kepada murid

Cikgu Lizan : " Cikgu pun hafal sama doa ni...."

Sebahagian aktiviti yang sempat dirakam....





Sebahagian guru SK Chalok khusyuk mendengar ceramah dari penceramah jemputan.








" SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK "